Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat tiga daerah di Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 7 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tiga daerah di Selangor sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah serta Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :