PBTSELANGOR

MBPJ anjur acara larian, sukan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia esok

SHAH ALAM, 15 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan Fun Walk Perpaduan di Taman Bandaran Kelana Jaya sempena sambutan Hari Malaysia esok.

MBPJ menerusi Facebook memaklumkan penyertaan adalah percuma dan peserta digalakkan memakai pakaian tradisi mengikut pegangan agama, bangsa dan etnik masing-masing.

“Orang ramai yang berminat boleh datang dan daftar secara terus ke lokasi esok seawal jam 7 pagi sebelum pelepasan larian bermula jam 8 pagi.

“Jom sertai kami, pakaian yang tercantik dan mengikut tema juga berpeluang memenangi hadiah menarik dari kami,” maklum pihak berkuasa tempatan itu.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan antaranya pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak, pakaian komuniti dan karaoke orang kelainan upaya (OKU).

Pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan antaranya termasuklah urutan kaki dari OKU, saringan kesihatan, sukan rakyat dan soopa doopa.

Sebarang pertanyaaan atau maklumat lanjut boleh hubungi urusetia program menerusi talian 03-7956 0203/0206.


Pengarang :