Empat kenderaan terbakar di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya yang mengorbankan seorang lelaki pada 16 September 2023. Foto JBPM Selangor
AGENDAJENAYAH

Warga emas ditemui rentung dalam salah sebuah empat kenderaan terbakar

SHAH ALAM, 16 SEPT: Warga emas berusia 67 tahun rentung dalam kebakaran empat kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari di sini hari ini.

Mayat lelaki terbabit ditemui dalam salah sebuah kenderaan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan 2.45 pagi dan enam anggota serta pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala bergegas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan kenderaan jenis Ford Telestar yang terbakar sepenuhnya, Naza Citra terbakar 50 peratus, Proton Wira dan lori Daihatsu, masing-masing lima peratus.

“Lelaki berusia 67 tahun berada dalam Naza Citra ditemui rentung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan mangsa rentung dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh polis.


Pengarang :