SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Langat, Sepang, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.