AGENDANASIONAL

Gombak, Hulu Langat antara daerah diramal hujan hingga 11 malam

SHAH ALAM, 18 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 11 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :