AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Sepang sehingga jam 2 pagi ini.

Keadaan sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :