EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin melepaskan anak ikan kelah selepas Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Negeri Selangor dan Penutup Mini Ekspidisi Biodiversiti Sungai Chiling di Pusat Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Hulu Selangor pada 22 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Keluasan hutan simpan kekal di Selangor bertambah 489 hektar

HULU SELANGOR, 23 SEPT: Keluasan hutan simpan kekal di Selangor bersaiz 250,739 hektar kian bertambah tahun ini dengan penwartaan dua hutan di Kuala Selangor dan Kuala Langat.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata dua hutan tersebut adalah Taman Alam Kuala Selangor dan Hutan Simpan Tanjung Dua Belas dengan berkeluasan 489 hektar.

“Ini menunjukkan komitmen negeri bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) untuk mencatatkan peratusan lagi tinggi bagi mengekalkan lebih banyak hutan simpan kekal di Selangor.

“Selangor merupakan satu-satunya negeri membekukan operasi pembalakan sehingga tahun 2035 jadi jumlah keluasan ini akan ditingkatkan,” katanya.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin menanam pokok selepas Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Negeri Selangor dan Penutup Mini Ekspidisi Biodiversiti Sungai Chiling di Pusat Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Hulu Selangor pada 22 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan program Saintifik Biodiversiti di Sungai Chiling, Hutan Simpan Hulu Selangor, di sini semalam.

Jamaliah menambah JPNS turut mencadangkan tambahan hutan simpan kekal yang kini dalam proses pewartaan membabitkan beberapa kawasan.

Beliau berkata langkah itu merupakan komitmen Kerajaan Selangor mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus tanah negeri sebagai hutan simpan kekal sejak 2010.


Pengarang :