Penerima bantuan blueprint dan bantuan i-SEED melihat peralatan yang diterima selepas majilis Penyerahan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Klang pada 14 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Usahawan kecil dipelawa mohon bantuan alat niaga hingga RM10,000

SHAH ALAM, 25 SEPT: Usahawan kecil dipelawa memohon bantuan alatan perniagaan menerusi program Blueprint Pembasmian Kemiskinan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi laman X memaklumkan mereka yang mengusahakan perniagaan sekurang-kurangnya setahun layak memohon bantuan sehingga RM10,000.

Kriteria lain katanya, usahawan mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun selain pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Maklumat lanjut berhubung permohonan bantuan itu boleh dicapai melalui laman sesawang selangorpenyayang.com

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM2 juta bagi meneruskan program bantuan itu yang bertujuan membantu penjaja, peniaga atau yang bekerja sendiri di negeri ini.

Hari Penjaja Selangor dan Karnival Program Blueprint Bersempena Hari Penjaja Sedunia akan turut dilaksanakan bagi mengetengahkan penerima manfaat ini.

Sejak dilaksana pada 2013, seramai 4,321 usahawan kecil sudah menerima bantuan alatan perniagaan dengan peruntukan RM21.6 juta.

 


Pengarang :