Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di tapak pasar malam Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 27 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kota Anggerik, Pelabuhan Klang, Hulu Bernam lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi esok.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di Pangsapuri Sunway Sinar Seksyen U6 (Kota Anggerik), Surau Saifulhuda, Taman Kem Pelabuhan Klang (Pelabuhan Klang) dan Balairaya Kg Titiwangsa (Hulu Bernam).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

 


Pengarang :