Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Hulu Langat sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Kelantan serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :