PBTSELANGOR

Peluang naik belon udara panas sempena ulang tahun bandar raya MBSA

SHAH ALAM, 3 OKT: Menaiki belon udara panas dan ‘Zikir Walk’ antara aktiviti menarik program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada Ahad ini di Dataran Kemerdekaan MBSA, Seksyen 14 di sini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan memaklumkan program itu diadakan sempena sambutan ulang tahun bandar raya tersebut yang ke-23.

“Selain melihat pemandangan Shah Alam dari atas udara, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti ‘Zikir Walk’ anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan 800 penyertaan terawal berpeluang mendapat tshirt percuma,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan program Sembang Santai bersama selebriti Faizal Ismail dan Shamsul Ghau Ghau.

Selin itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya ‘Shah Alam Car Free Day – Fun Ride’, kayuhan santai, senamrobik, persembahan kombo MBSA, mewarna, memanah, Klinik Silat, perpustakaan bergerak dan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.

Pengunjung juga boleh membuat pertukaran barangan kitar semula untuk mendapatkan kupon menerusi program ‘Eco Free Market’.

MBSA juga turut menyediakan pameran daripada pelbagai agensi seperti Jais, Shah Alam Specialist Hospital (Salam), Galeri Shah Alam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Rosyam Mart.


Pengarang :