Pengarah SPRM Selangor TPj Dato’ Alias Salim berucap ketika majlis Jalinan Kerjasama Strategik antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 5 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Agensi laksana program antirasuah layak dapat potongan cukai

SHAH ALAM, 5 OKT: Agensi Kerajaan Negeri Selangor dan sektor swasta digalak mengambil bahagian melaksanakan program antirasuah untuk meningkatkan integriti dan benci rasuah dalam kalangan organisasi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Dato’ Alias Salim berkata program itu membolehkan syarikat mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan kepada pihak SPRM untuk mana-mana syarikat yang bekerjasama jalani program diberikan pengecualian cukai.

“Mana-mana organisasi sama ada peringkat awam atau swasta harus mengambil peluang ini ke arah meningkatkan integriti di kalangan warga kerja mereka,” katanya.

Beliau ditemui pada program Konferensi Integriti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Sementara itu, Alias meminta kakitangan PKNS atau mana-mana individu yang disogok segera melaporkan kepada SPRM.

“Di bawah peruntukan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 menjadi kewajipan buat mereka membuat laporan sekiranya disogok supaya tindakan boleh diambil,” katanya.


Pengarang :