AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, enam daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM,  9 OKT:  Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan enam daerah di Selangor hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 

 


Pengarang :