AGENSISELANGOR

Yawas buka kaunter serahan baucar beli-belah mukim Telok Panglima Garang

SHAH ALAM, 10 OKT: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membuka kaunter serahan baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Insan Istimewa (SMIS) di pejabat penghulu mukim Telok Panglima Garang, esok.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan kaunter dibuka kepada penerima yang belum menuntut baucar Jom Shopping selama dua hari itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Jelas agensi itu, hanya penama serta waris berdaftar sahaja boleh membuat tuntutan baucar dan semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://smue.yawas.my/semakan/

Selain tuntutan baucar, orang ramai boleh membuat serahan dokumen bagi pendaftaran baharu dengan memastikan borang permohonan lengkap disertakan salinan MyKad pemohon, MyKad waris, slip semakan daftar pemilih dan pengesahan mastautin.

“Perkhidmatan serahan dokumen bagi tuntutan khairat kematian SMUE dan SMIS juga boleh dilakukan di kaunter,” kata kenyataan itu.

Pendaftaran baharu secara dalam talian boleh dibuat di https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php


Pengarang :