KLANG, 11 OKT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor mengadakan Latih Amal OPS ISPS Ex-Ganjar ebagai persediaan menghadapi sebarang isu keselamatan.
EXCO pengurusan bencana berkata simulasi dua hari melibatkan kerjasama Lembaga Pelabuhan Klang, Northport dan Westports bertujuan melatih anggota keselamatan terutama polis dan tentera berdepan situasi kecemasan.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/10/P-EX-Ganjar-6-500x333.jpg.webp)
“Latihan sebagai menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan serta agensi lain. Kita nak pastikan semua pihak bersiap sedia dengan sebarang ancaman.
“Selangor perlu persediaan kerana kita kawasan startegik ekonomi dan merupakan pintu masuk negara menerusi pelabuhan dan lapangan terbang,” kata Najwan Halimi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan di Dermaga 8, Northport di sini hari ini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/10/P-EX-Ganjar-5-500x333.jpg.webp)
Sementara itu Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata beliau berpuas hati dengan latihan simulasi melibatkan situasi serangan pengganas yang mempunyai tahanan.
Bagaimanapun beliau menegaskan keperluan teknologi seperti dron dan senjata perlu mengikut perkembangan semasa supaya operasi menyelamat lebih lancar serta terjamin.
“Secara dasarnya bagus.Dari segi sumber manusia, kemahiran kita sudah ada. Koordinator pun ada cuma peralatan kena tambah baik sebab teknologi sentiasa berubah,” katanya.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/10/P-EX-Ganjar-4-500x333.jpg.webp)