Peserta bergotong-royong membersihkan Masjid Kariah Kampung Kuala Pangsu ketika program Perkhemahan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Selangor 2023 kerjasama SPRM Selangor, PNSB dan MBI di Balai Raya Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat pada 14 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Rebut peluang anjur program anti rasuah, layak terima potongan cukai

HULU LANGAT, 15 OKT: Syarikat swasta digalak menganjurkan program anti rasuah menerusi khidmat tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi mendidik masyarakat benci rasuah.

Selain menyebarkan maklumat mengenai rasuah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Dato’ Alias Salim berkata penganjur juga layak mendapat potongan cukai.

“Dengan jumlah yang telah dibelanjakan untuk program boleh diberi potongan cukai. Saya harap lebih banyak pihak swasta bersama SPRM jalani aktiviti bermanfaat dan memberi sumbangan penting membudayakan benci rasuah,” katanya

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Perkhemahan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) di Impian Rimba Resort, Pangsun, semalam.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menganjurkan program sebar mesej anti rasuah bagi mendidik mahasiswa menentang amalan rasuah.

“PNSB merupakan syarikat swasta pertama bekerjasama dengan SPRM untuk menjalankan program anti rasuah. Saya harap lebih banyak pihak mengikut jejak langkah usaha baik PNSB ini,” katanya.


Pengarang :