AGENDAJENAYAH

Pengawal keselamatan sekolah maut dipukul, tukang kebun ditahan

IPOH, 15 OKT: Polis menahan seorang tukang kebun sekolah yang disyaki terlibat dengan kes bunuh pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani di sini yang ditemukan maut di pondok pengawal sekolah berkenaan pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian itu polis menerima panggilan pada 3.34 pagi mengenai seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah itu.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu beliau berkata polis menahan lelaki berusia 55 tahun yang juga tukang kebun sekolah berkenaan dan merampas senjata yang disyaki digunakan suspek bagi membantu siasatan.

Yahaya berkata hasil bedah siasat terhadap mayat menunjukkan punca kematian tukang kebun itu adalah kecederaan di bahagian abdomen akibat objek tumpul, dan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA


Pengarang :