AGENDAJENAYAH

Penuntut kursus tempur pegawai muda Kem Pulada maut dipercayai strok haba

JOHOR BAHRU, 16 OKT: Seorang penuntut yang sedang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata sebelum itu, mangsa yang berusia 24 tahun dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini kerana memerlukan rawatan rapi.

Beliau berkata 10 penuntut dikatakan mengalami gejala strok haba termasuk pengsan ketika menjalani latihan di lapang sasar kem berkenaan, dalam kejadian antara 5.30 petang hingga 6 petang, hari sama.

“Dua lagi peserta masih dirawat di unit rawatan rapi HSI, manakala tujuh yang lain dimasukkan ke wad biasa di Hospital Kota Tinggi, namun mereka dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :