AGENDANASIONAL

Tiga daerah Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 16 OKT: Hujan lebat diramal melanda Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Lumpur hingga jam 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :