EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohamad Fahmi Ngah berucap pada majlis penganugerahan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya pada 13 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Majlis persada cetus idea kreatif, tingkat penyampaian perkhidmatan

SHAH ALAM, 17 OKT: Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) menggalakkan kakitangan sektor itu memperkenal cara kerja baharu yang lebih cekap dan berkesan.

EXCO pembudayaan inovasi berkata acara tahunan itu memberi peluang kepada sektor awam menghasilkan idea kreatif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri ini.

Menurut Dr Mohammad Fahmi Ngah, dua cabang ditekankan dalam pendekatan itu meliputi inovasi sosial dan penyampaian perkhidmatan yang wajar menjadi keterujaan buat semua penjawat awam.

“Inovasi sosial, pembangunan inovasi dibuat bersekali dengan input pengguna manakala penyampaian perkhidmatan kita lihat proses pendigitalan perkhidmatan yang ada supaya mudah dicapai rakyat,” katanya.

Bercakap dalam siaran langsung Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini, jelasnya, dua kategori dinilai meliputi penciptaan teknologi dan strategi baharu serta penambahbaikan sistem sedia ada.

Dr Fahmi berkata ganjaran menarik turut menanti pemenang dengan tempat pertama berpeluang memenangi wang tunai RM15,000, kedua (RM10,000) dan ketiga (RM7,000).

Tahun lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KPT Recycle dan Nestle meraih anugerah dokumentasi terbaik, projek inovasi hibrid terbaik dan inovasi sosial (penambahbaikan).

Majlis Perbandaran Ampang Jaya pula memperolehi anugerah persembahan video terbaik, johan inovasi penyampaian perkhidmatan (penambahbaikan) dan inovasi sosial (penciptaan).


Pengarang :