PBTSELANGOR

Kayuhan santai, komedi badut antara aktiviti Hari Tanpa Kenderaan MPHS Sabtu ini

 

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 19 OKT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mempelawa orang ramai menyertai Hari Tanpa Kenderaan Sabtu ini dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

MPHS menerusi Facebook memaklumkan program dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari di Persiaran As-Salam Bukit Sentosa itu, turut mengadakan aktiviti Kayuhan Santai Hari Sukan Negara peringkat Hulu Selangor dengan yuran penyertaan RM20 untuk 200 peserta.

Program sempena ulang tahun ke-2 Perbandaran Hulu Selangor itu diteruskan dengan aktiviti seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, pertunjukan magik dan komedi badut.

Selain itu, turut diadakan aktiviti mencanting batik, cabutan bertuah, pameran agensi serta perpustakaan bergerak.

Menariknya 400 helai t-shirt khas Hari Tanpa Kenderaan MPHS disediakan untuk pengunjung selain demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mphs.gov.my atau Facebook rasmi Majlis Perbandaran Hulu Selangor.


Pengarang :