EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Festival Makanan Selangor diterus, platform promosi makanan tempatan

SHAH ALAM, 22 OKT: Festival Makanan Selangor akan diteruskan tahun depan sebagai usaha mempromosi makanan tempatan kepada pelancong dalam dan luar negara.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata pihaknya akan menonjolkan nasi ambeng dan sate selain makanan tradisi lain bakal ditampil pada masa depan.

“Ia akan teruskan tahun depan di Avani Sepang dan kita akan lihat makanan etnik yang ada di Selangor. Sudah tentu akan ada makanan (yang akan diwartakan sebagai makanan warisan), kita akan lihat nanti,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor 2023 di Hotel De Palma di sini semalam.

Persembahan pembukaan sempena majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Borhan menambah pihaknya sedang menyiapkan kertas kerja untuk cadangan mewartakan tarian ronggeng sebagai tarian warisan Selangor.

“Kita sedang bincang bersama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat), akan buat bengkel apabila sudah lengkap (kertas kerja) nanti kita akan (cadang) wartakan.

“Ronggeng ini ada keistimewaannya, cara pemakaian dan adabnya. Kalau di Pulau Pinang ada boria, Melaka (joget lambak dan dondang sayang) dan Johor (zapin),” katanya.

Pada November 2022, nasi ambeng diwartakan sebagai makanan tradisi dan warisan Selangor menerusi Padat.

Manakala pada 16 September lalu, Borhan mengumumkan sate Kajang bakal diwartakan sebagai makanan tradisi menjelang awal tahun depan.


Pengarang :