Ketua Pegawai Eksekutif Entomal Biotech Sdn Bhd Vic WK Pui menunjukkan lalat askar hitam yang mampu mengurus sisa makanan menjadi protein serangga dan baja organik pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lalat askar hitam mampu urus 15 tan sisa makanan setiap hari

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Projek pengurusan sisa lestari menggunakan black soldier fly atau lalat askar hitam dijangka mampu mengurus 15 tan sisa makanan di Selangor setiap hari.

Ketua pegawai eksekutif Entomal Biotech Sdn Bhd berkata syarikat itu bakal beroperasi di sebuah kilang tahun depan sekali gus membantu memproses sisa makanan menjadi protein serangga dan baja organik.

Menurut Vic WK Pui, lalat itu atau nama saintifiknya hermetia illucens yang berasal dari hutan tropika turut dikenali sebagai lalat hutan dan bukan dalam kategori serangga perosak.

“Kita baru saja memperkenalkan Entomal Mobile Bio-Conversion (EMBC) Food Waste System yang dimulakan di Pusat Kitar Semula Seksyen 2, Shah Alam pada Jumaat lalu.

“Sistem EMBC tidak memerlukan kawasan yang besar, jadi ia sesuai dibuat di mana-mana kawasan seperti pasar. Tetapi tahun depan kita akan mulakan di kilang supaya dapat proses lebih banyak sisa di negeri ini,” katanya.

Teoh Chun Yeaw, 37, (kanan) bersama keluarga mengunjungi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Vic menjelaskan sistem EMBC mampu menyelesaikan dua isu utama iaitu pengurusan sisa makanan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ternakan haiwan.

Pengurus Latihan Teknikal Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, Dayandran Indran

Sementara itu, Bermaz Auto (BAuto) Training School menyasar melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang kenderaan elektrik (EV) bagi membantu negara membangunkan industri itu.

Pengurus Latihan Teknikalnya Dayandran Indran berkata syarikat itu sudah melahirkan 39 juruteknik berkemahiran tinggi sejak institusi itu ditubuh pada 2010.

“Kita menawarkan tiga kursus utama iaitu Automotive Megatronic, Body and Paint, dan Mechanic. Ketika ini kita hanya ada dua kampus iaitu di Glenamarie, Shah Alam dan di Pulau Pinang.

“Pelajar berkelayakan juga akan ditawarkan tajaan penuh selain diberi jaminan pekerjaan bersama Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd sejurus tamat latihan,” katanya.

Entomal Biotech Sdn Bhd dan BAuto Training School merupakan antara pempamer di Ekspo Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023.


Pengarang :