Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan beg dan peralatan sekolah ketika program bantuan masuk sekolah ahli Tawas bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2023 DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 36,000 ahli Tawas terima bantuan masuk sekolah Disember ini

SHAH ALAM, 24 OKT: Seramai 36,326 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang bakal memasuki darjah satu tahun depan layak menerima manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS).

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan bantuan persekolahan seperti beg sekolah, kelengkapan alat tulis, bekas makanan dan tabung dijangka mula diberikan Disember ini.

“Penerima membabitkan 49 peratus kanak-kanak perempuan dan 51 peratus lelaki. Proses tuntutan bantuan dijangka bermula Disember ini.

“Muat turun aplikasi Yayasan Warisan Anak Selangor – Yawas sekarang dan mendaftar bagi melancarkan proses tuntutan bantuan,” katanya di Facebook.

Sebelum ini Yawas meminta ibu bapa atau penjaga kepada ahli Tawas kelahiran 2017 yang bakal memasuki tahun satu tahun depan mengemas kini maklumat untuk agihan bantuan.

Tawas antara pelbagai program kebajikan negeri mula dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli akan menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.


Pengarang :