AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah Selangor, KL, Putrajaya hingga 8 malam

SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga jam 8 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca buruk itu juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Keadaan sama turut diramal melanda beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :