EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media selepas merasmikan Program Masyarakat Sihat (MaSIH) dan Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Puncak Alam, Kuala Selangor pada 26 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Perkasa kesihatan awam diharap antara tumpuan belanjawan negeri

KUALA SELANGOR, 26 OKT: Pemerkasaan kesihatan awam terutama pencegahan penyakit dari awal diharap antara agenda utama dalam Belanjawan Selangor 2024 yang akan dibentang bulan depan.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin turut berharap program kesihatan popular seperti Iltizam Selangor Sihat (ISS) ditambah baik untuk memastikan rakyat mendapat manfaat menyeluruh.

“(Kad) ISS antaranya melayakkan penerima mendapat subsidi ketika rawatan di klinik. Selepas ini, mungkin ada pengumuman kita akan menambah baik kad itu.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan mengumumkan perkara itu (dalam Belanjawan Selangor 2024),” katanya selepas merasmikan program Masyarakat Sihat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata pentadbiran negeri akan terus menumpukan usaha pencegahan penyakit dari peringkat awal dengan menganjurkan pelbagai kempen kesedaran tahun depan.

“Tahun depan diharap akan dapat laksana lebih banyak karnival atau kempen pencegahan supaya kesihatan masyarakat terjamin. Sasaran kita untuk cegah dahulu sebelum rawat,” katanya.

Program ISS menyasar 100,000 rakyat Selangor berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan rawatan asas sehingga RM500 di klinik berdaftar selain manfaat perlindungan.


Pengarang :