Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak hingga 7 malam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Hulu Selangor serta Gombak hingga 7 malam.

Menerusi Facebook rasmi jabatan itu, cuaca sama dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak, Kelantan serta Terengganu.

Turut diramal hujan lebat beberapa daerah di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :