Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari membahas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur pada 1 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB cadang TNB kongsi sumber tenaga dalam projek awam

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 26 OKT: Ahli Parlimen Gombak mencadangkan sumber tenaga yang dikuasai Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikongsi pemain industri dalam menjayakan projek kepentingan awam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan berkenaan perlu dengan mengambil kira penggunaan tenaga untuk menyokong pembinaan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di sesebuah negeri.

“Bercakap soal EV, kita perlu sediakan tempat pengecas dan memerlukan sub stesen oleh TNB. Adakah kita bersedia dengan jumlah tenaga mencukupi untuk pembinaan sub stesen ini?

“Saya mencadangkan untuk menilai kaedah di negara lain dengan monopoli tenaga tidak diberi kepada satu pihak sahaja. Mungkin pandangan ini kurang popular bagi sesetengah pihak.

“Tetapi negara lain membenarkan pasaran tenaga dibuka dengan kawalan yang memberi peluang pemain industri membekal tenaga yang cukup,” katanya ketika berbahas di Parlimen hari ini.

Justeru, Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar meminta Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan kementerian berkaitan untuk menyediakan unjuran keperluan tenaga untuk setiap negeri.

“Ini membolehkan Kerajaan Negeri menyusun kadar pembangunan urbanisasi, perindustrian dan lokaliti tertentu,” katanya.

Beliau juga menjelaskan projek pengangkutan awam termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka meningkatkan permintaan tenaga sedia ada.


Pengarang :