Dato’ Menteri Besar Dato’Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan untuk Palestin di Bilik Mesyuarat MTES, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Insentif RM1,000 MamaKerja disalur 14 hari selepas permohonan

SHAH ALAM, 27 OKT: Penerima insentif MamaKerja akan menerima RM1,000 dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap dibuat, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau menjelaskan inisiatif yang terkandung dalam manifesto Kerajaan Negeri yang ditawarkan kepada rakyat dalam pilihan raya negeri Ogos lalu dibuka mulai 1 November ini.

“Bantuan akan disalur dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan dibuat,” katanya ringkas selepas menyerahkan sumbangan RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) hari ini.

Semalam, EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari melancarkan insentif yang bakal memanfaatkan 5,000 wanita bekerja di seluruh negeri dengan peruntukan RM5 juta.

Manfaat tersebut akan diberikan kepada wanita bekerja yang mempunyai tiga anak berusia 12 tahun ke bawah dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.

Insentif MamaKerja boleh dimohon melalui https://mamakerja.selangkah.my/. Pertanyaan lanjut boleh diajukan di talian Selcare 1-800-22-6600.

Syarat kelayakan lain seperti berikut:

  • Wanita bekerja dan bermajikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

Pengarang :