Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri di Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pelabuhan Klang ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Pelabuhan Klang di Pulau Indah pada 12 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINII
ADNSELANGOR

Depani peralihan monsun, ADN Pelabuhan Klang anjur gotong-royong

SHAH ALAM, 27 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang menganjur kempen gotong-royong sebagai persediaan menghadapi peralihan monsun hujung tahun ini.

Azmizam Zaman Huri berkata program bersama masyarakat itu untuk memastikan longkang tidak dipenuhi sampah sekali gus memastikan sistem saliran lancar.

“Perubahan monsun telah bermula dan kawasan Pelabuhan Klang berisiko banjir kilat sekiranya air pasang. Menjadi tanggungjawab bersama memastikan alam sekitar bersih dan sentiasa galak adakan gotong-royong.

“Jika tidak ambil langkah pembersihan, ia akan mengganggu sistem saliran dan menyebabkan air tidak dapat mengalir,” katanya kepada Selangorkini.

Azmizam Zaman Huri turun padang bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Klang dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesan aliran air menembusi benteng namun tidak membimbangkan. Foto: Facebook Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang

Tambah Azmizam, antara langkah lain diambil adalah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya.

“Saya juga telah meminta pihak-pihak terbabit untuk memantau sistem saliran sedia ada dan bersedia sekiranya berlaku kejadian air pasang yang mengakibatkan banjir kilat.

“Antara kawasan yang cepat dinaiki air jika air pasang ialah di Taman Telok Gedong, Pandamaran Jaya dan Kampung Idaman,” katanya.

Fasa peralihan monsun daripada Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut bermula pada 19 September dan berterusan sehingga November depan.


Pengarang :