Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 28 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima daerah di Selangor sehingga 4.00 petang.

Agensi itu memaklumkan daerah berkenaan adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling , Hulu Langat dan Sepang.

Menerusi Facebook, amaran sama turut diramal selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Keadaan sama turut melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :