Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 30 OKT: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Keadaan sama turut berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :