Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 30 OKT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda tiga daerah di Selangor sehingga 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Kuala Lumpur selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :