EXCO Pembangunan Wanita Anfal Saari (tengah) bersama wakil dari rumah kebajikan pada program Sinergi Prihatin: Cubaan memecahkan rekod “Most Participants In Welfare Home First Aid Demostration” dalam Malaysia Book Of Record di Dewan Jubli Perak bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kerangka ekonomi penjagaan diterbit April depan, jadi dokumen rujukan

SHAH ALAM, 1 NOV: Kerangka berhubung ekonomi penjagaan bakal diterbitkan pada April tahun depan sebagai dokumen rujukan semua pihak sekali gus memartabatkan hala tuju sektor berkenaan.

EXCO pembangunan wanita berkata keputusan itu dibuat pada program Simposium Ekonomi Penjagaan Selangor 2023 yang julung kali diadakan pada 30 dan 31 Oktober lalu.

EXCO Kebajikan Anfaal Saari berucap sempena majlis perasmian Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kerangka ini menjadi dokumen kepada semua pemegang taruh. Kita juga mahu membentuk Majlis Tindakan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor yang dipengerusikan Dato’ Menteri Besar.

“Badan ini bertindak sebagai perancang, pemantau dan memberi saranan berkait agenda penjagaan di negeri ini,” kata Anfaal Shari menerusi kenyataan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama peserta selepas merasmikan Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Kelmarin, ketika merasmikan simposium berkenaan, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor bakal menubuhkan enakmen berhubung sektor yang berkait dengan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Langkah itu sebagai sokongan memperkasakan dan melibatkan wanita dalam pembangunan negeri selain menjadi dasar untuk pusat jagaan sedia ada melakukan penyelarasan demi keselamatan.

Simposium berkenaan disertai wakil agensi dan jabatan kerajaan, ahli akademik dan profesional, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak swasta.


Pengarang :