EXCO Perumahan Borhan Aman Shah melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri, KPKT kerjasama pulih tiga projek terbengkalai berjumlah RM7.25 juta

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju memulihkan tiga projek terbengkalai di Selangor berjumlah RM7.25 juta.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata ia dibuat menerusi peruntukan Inisiatif Belanjawan 2023 Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kanan) merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Borhan berkata projek membabitkan 325 unit rumah di Meru, Klang iaitu Taman Meru Makmur Lot 2223 dan 2224 (100 unit), Taman Meru Makmur Lot 2225 (30 unit) dan Pangsapuri Impian Meru (195 unit).

“Ia telah dimulakan dan dijangka siap pada 2025,” katanya selepas merasmikan Expo Rumah BPEX Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley di sini, hari ini.

Orang ramai mengunjungi Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Mengulas lanjut Borhan berkata Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai.

“LPHS sebagai agensi pemantauan sentiasa berusaha memastikan projek terbengkalai yang berpotensi dapat dipulihkan seterusnya disiapkan sehingga sijil layak menduduki diperoleh,” katanya.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kiri) melawat reruai pameran selepas merasmikan Expo Rumah Bpex (Seronoknya Ada Rumah) di Dewan 3 Pusat Pameran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 4 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :