Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat Pameran Sarawakiana ‘Tradisi Kita Khazanah Kita’ di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching pada 5 November 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Sultan Selangor lawat Pameran Sarawakiana ‘Tradisi Kita Khazanah Kita’

SHAH ALAM, 6 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melawat Pameran Sarawakiana ‘Tradisi Kita Khazanah Kita’ di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching semalam.

Keberangkatan tiba Baginda bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah disambut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Turut menyambut ketibaan Baginda Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar serta Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II Datuk Snowdan Lawan.

Sultan Sharafuddin kemudian dibawa melawat Muzium Budaya Borneo serta Galeri Objek Idaman, Perdagangan dan Seni Kraftangan dan Seni Ukiran Spiritual dan Status di aras lima pustaka itu.

Baginda juga dibawa melawat galeri-galeri di aras bawah pustaka terbabit.


Pengarang :