DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika berkenan melawat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Sarawak di Kuching pada 5 November 2023. Foto Facebook Selangor Royale Office
SELANGOR

Sultan, Tengku Permaisuri berkenan lawat galeri kraf tangan Sarawak

SHAH ALAM, 7 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Sarawak.

Keberangkatan tiba Baginda ditemani DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

“Baginda dibawa melawat ke galeri pameran seni hasil kraf tangan dan pertunjukan kaedah tenunan songket Sarawak.

“Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri dan Tengku Amir turut diberi taklimat ringkas berkenaan hasil tekstil tenunan songket Sarawak” tulis Facebook Selangor Royale Office.

Ketibaan Baginda ke Sarawak sejak 5 November lalu turut berangkat melawat Pameran Sarawakiana ‘Tradisi Kita Khazanah Kita’ di Pustaka Negeri Sarawak di Kuching.


Pengarang :