Mourners react during the funeral of Palestinian members of al-Agha family, who were killed in Israeli strikes, in Khan Younis in the southern Gaza Strip October 11, 2023. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa
Reaksi penduduk semasa penggebumian ahli keluarga yang terbunuh dalam serangan Israel di selatan Semenanjung Gaza pada 11 Oktober 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel

GAZA, 7 NOV: Wartawan Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.

Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.

Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera selepas rumahnya menjadi sasaran serangan tentera Israel. Serangan itu turut menyebabkan isterinya cedera parah dan mata kirinya buta manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.

Sejak 7 Okt lalu, sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam.

– BERNAMA-WAFA


Pengarang :