Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan SUK pada 25 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bentang belanjawan negeri esok, ikuti siaran langsung Media Selangor

SHAH ALAM, 9 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) jam 3 petang, esok.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung pembentangan berkenaan melalui laman sesawang SelangorTV selain Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari.

Laporan berita pula boleh diikuti melalui Selangorkini selain versi bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil manakala edisi cetak berbahasa Melayu terbit keesokannya.

Orang ramai turut dilibatkan dalam perancangan belanjawan tersebut dengan menyertai soal selidik yang dijalankan menerusi portal rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor.

Dalam merangka belanjawan itu, Kerajaan Selangor turut mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri supaya hala tujunya selari dengan Putrajaya.

Menurut Speaker Lau Weng San, sesi pembentangan belanjawan berkenaan diikuti persidangan dewan yang dijangka berlangsung selama dua minggu hingga 24 November.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pula menitahkan perbahasan berlangsung tertib tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan.


Pengarang :