Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal melanda Hulu Langat, Sepang hingga 3 petang

SHAH ALAM, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di dua daerah di Selangor iaitu Hulu Langat dan Sepang sehingga jam 3 petang.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :