Orang ramai membeli buku keluaran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) ketika Seminar Penghayatan Ihya’ Ulumuddin sempena Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Buku terbitan negeri laris sepanjang Oktober

SHAH ALAM, 9 NOV: Buku terbitan Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) terus mendapat sambutan sepanjang Oktober.

Naskhah berkenaan ialah Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya dan Imam Al-Ghazali: Hayat, Jasa Ilmuwan Ulung dan Menghidupkan Ilmu Agama.

Turut mendapat permintaan ramai adalah buku berjudul Abu Bakr As-Siddiq: Liku-Liku Hayat dan Pemerintahan Khalifah Pertama, Strategi Rahsia China: Gerak 100 Tahun Atasi Amerika Syarikat, Umar Al-Khattab: Kebijaksanaan Sebagai Pedang dan Apa Itu Tasawuf?

Buku berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings atau nama Islamnya Abu Bakar Sirajuddin dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kekal naskhah paling laris dengan jualan mencecah 25,000 setakat ini.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com


Pengarang :