AGENDANASIONAL

Klang, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 12 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima daerah di Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling selain Kuala Lumpur.

Cuaca sama diramal melanda beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :