Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad bergambar bersama keluarga aktivis Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) R Shankar sempena Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Taman Amaniah, Gombak pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB dan isteri ziarah, santuni masyarakat India di Sungai Tua

GOMBAK, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar meneruskan tradisi menziarahi masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sempena sambutan Deepavali semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad memulakan ziarah dengan mengunjungi keluarga aktivis Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) R Shankar di Taman Amaniah, Batu Caves.

Ketibaan beliau dan isteri kira-kira jam 5.50 petang disambut dengan bakaran mercun sebagai simbolik menyambut tetamu dan dijamu hidangan putu mayam dan nasi minyak.

Ahli parlimen Gombak turut memenuhi permintaan tuan rumah serta tetamu yang teruja mahu bergambar selain mengagih duit raya kepada kanak-kanak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi sampul duit raya ketika mengunjungi keluarga aktivis Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) R Shankar sempena Jelajah Deepavali Parlimen Gombak di Taman Amaniah, Gombak pada 12 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu, Shankar berkata aktiviti ziarah ketika perayaan Deepavali sudah sebati dalam diri Amirudin sebelum beliau memegang jawatan Dato’ Menteri Besar.

“Sifat Dato’ Menteri Besar sejak 2008 ketika menjadi Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves boleh datang ke rumah, borak secara santai sambil beraya menggembirakan komuniti India di sini.

“Saya amat berbesar hati dengan kedatangan beliau hari ini dan menghidangkan makanan kegemaran Dato’ Menteri Besar putu mayam yang dimasak oleh isteri,” katanya.

 


Pengarang :