Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir untuk ke Klang berikutan hujan lebat semalaman ketika tinjauan di Jalan Sungai Kandis, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri mulai Khamis

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Khamis ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu pada 16 hingga 18 Nov.

“Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka di Pahang dan Sabah pada 17 hingga 19 Nov ini.

“Kawasan terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” kata kenyataan itu.

-BERNAMA


Pengarang :