Pengguna menunjukkan aplikasi bayaran parkir digital Smart Selangor Parking (SSP) ketika tinjauan di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 1 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPHS perkenal parkir kereta digital mulai 1 Disember

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 15 NOV: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melaksana sistem bayaran tempat letak kereta pintar melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.

MPHS menerusi Facebook memaklumkan sistem baharu itu dijalankan secara berperingkat iaitu fasa 1 membabitkan kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa mulai 1 Disember ini.

Manakala fasa 2 berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 membabitkan kawasan Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu.

Caj bayaran parkir bermula jam 8 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat) ialah RM0.50 sen setiap sejam dan RM50 untuk bayaran sebulan. Manakala Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am adalah percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi hotline 1-700-819-612 / 03-6064 1331 sambungan 135.


Pengarang :