SHAH ALAM, 16 NOV: Dato’ Menteri Besar mempelawa orang ramai mengimarahkan Majlis Ilmu Selangor Madani di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor petang ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang menampilkan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Syeikh Dr Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi itu bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.
“Insya-Allah moga majlis ilmu ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya menerusi aplikasi X.
Orang ramai dijemput hadir ke Dewan Megawati di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada petang ini, 16 November 2023 (Khamis) jam 6.30 petang bagi mengimarahkan Majlis Ilmu Selangor Madani yang menampilkan Syeikh Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Setiausaha Agung Kesatuan… pic.twitter.com/fWnBQxmEga
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 16, 2023