Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika merasmikan program Khidmat Komuniti Madani anjuran Kawasan Rukun Tetangga Sahabat, Sepakat, Berlian (KRT SSB) dan Universiti Kuala Lumpur di Padang, Taman Berlian, Gombak pada 18 November 2023. Foto RADIN WAZIR
EXCOSELANGOR

MB rasmi program Khidmat Komuniti Madani, puji inisiatif kukuh perpaduan

GOMBAK, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar hari ini merasmikan program Khidmat Komuniti Madani anjuran Kawasan Rukun Tetangga Sahabat, Sepakat, Berlian (KRT SSB) di Padang, Taman Berlian di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan program dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur sebagai inisiatif terpuji bagi mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika merasmikan program Khidmat Komuniti Madani anjuran Kawasan Rukun Tetangga Sahabat, Sepakat, Berlian (KRT SSB) dan Universiti Kuala Lumpur di Padang, Taman Berlian, Gombak pada 18 November 2023. Foto RADIN WAZIR

“Semua sedia maklum bahawa negara melepasi dua pilihan raya penting dalam memilih pimpinan dan ada yang senang hati, sedih kerana menang dan kalah. Namun, ini lumrah situasi dihadapi dalam menentukan kepimpinan.

“Perpaduan yang wujud selepas pilihan raya perlu dikekalkan dan tidak boleh berpecah belah dengan mengikut keinginan masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Dato’ Mohd Yazid Sairi dan pimpinan (KRT SSB)

Dalam majlis tersebut, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mengumumkan peruntukan khas bagi membaiki bumbung pejabat dewan sedia ada yang kini dijadikan pejabat KRT SSB dan pembinaan dewan separa terbuka.

“Dalam tempoh dua minggu akan selesaikan bumbung dewan ini. Ia kekal menjadi pejabat KRT kerana tidak lagi sesuai dijadikan dewan.

“Bagaimanapun, kita akan bina dewan separa terbuka di tapak ini untuk program komuniti termasuk penganjuran aktiviti anak muda,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan bantuan bencana kepada 64 mangsa banjir dalam Parlimen Gombak pada majlis pelancaran program Khidmat Komuniti Madani anjuran Kawasan Rukun Tetangga Sahabat, Sepakat, Berlian (KRT SSB) dan Universiti Kuala Lumpur di Padang, Taman Berlian, Gombak pada 18 November 2023. Foto RADIN WAZIR

Amirudin turut menyerahkan sumbangan bantuan bencana parlimen Gombak kepada 64 mangsa banjir daripada Kampung Changkat, Sungai Cincin dan Kampung Gombak Utara.

Sementara itu, penerima sumbangan banjir, Haryati Abd Ghapar, 48, berkata beliau berterima kasih dengan keprihatinan Kerajaan Negeri meringankan bebannya.

Haryati Abd Ghapar, 48,

“Sumbangan ini tidaklah banyak dan mampu untuk beli atau ganti keperluan rumah yang rosak akibat dinaiki air. Namun, sedikit sebanyak dapat ringan beban keluarga seperti beli keperluan dapur.

“Saya berharap isu banjir dapat diselesaikan segera dan beri tumpuan kepada pembersihan longkang bagi membolehkan air mengalir ke sungai,” katanya.


Pengarang :