Bangunan Parlimen Malaysia tersergam indah bagi persediaan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 ketika tinjauan pada 15 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

SMK Bandar Saujana Utama 2 dijangka mula operasi Mac 2024

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 20 NOV: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Utama 2 dijangka mula beroperasi pada sesi persekolahan Mac tahun hadapan, kata timbalan menteri pendidikan.

Menurut Lim Hui Ying pembinaan sekolah itu siap sepenuhnya pada 30 Ogos lepas dan majlis penyerahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor disempurnakan pada 27 September lalu.

“Beberapa siri mesyuarat dan lawatan pra pembukaan serta pengoperasian SMK Bandar Saujana Utama 2 telah diadakan bagi mendapatkan gambaran awal bagi memastikan tahap kesediaan sekolah.

“Mesyuarat pra pembukaan sekolah yang seterusnya akan diadakan pada awal Disember 2023.” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk R Ramanan (HARAPAN-Sungai Buloh) yang mahu penjelasan mengenai pembukaan sekolah berkenaan.


Pengarang :