peniaga Uptown Kota Damansara mengemas antara barangan jualan yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran pada 20 November 2023. Foto Facebook Bernama
AGENDANASIONAL

20 gerai di Uptown Kota Damansara terbakar, tiada kemalangan jiwa dilapor

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Kira-kira 20 gerai di Uptown Kota Damansara, Petaling Jaya terlibat dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba Penyelamat Selangor ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.34 malam dan tiba di lokasi kejadian pada 8.43 malam.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian deretan gerai itu telah terbakar 90 peratus, selain terdapat bangunan yang menempatkan gimnasium turut terbakar 50 peratus.

“Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Damansara, “ katanya ketika dihubungi.

– BERNAMA


Pengarang :