Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 22 NOV: Hujan lebat diramal melanda tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat hingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan lebat disertai ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :